Maklumat SMKBSA

                                                               Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Alam mula dibina pada januari 2000 dan siap sepenuhnya menjelang April 2001.Nama SMK Bandar Seri Alam ini diberikan sempena kedudukannya yang terletak dikawasan perumahan Bandar Seri Alam.Tanggal 16 Julai 2001 adalah tanggal keramat dan bersejarah kerana pada tarikh tersebut,secara rasminya sekolah ini dibukadi bawah kepimpinan pengurusan En.Zulkipli bin Hj.Mahmud selaku Pengetua SMKBSA bersama-sama 13 orang guru yang lain menerima kedatangan 281 orang pelajar yang memulakan persekolahan di Tingkatan Peralihan ,Satu,Dua dan Empat iaitu sebanyak 12 buah kelas.Kini Smk Bandar Seri Alam telah berusia 10 tahun di bawah kepimpinan Tn.Hj.Yahaya bin suip bersama-sama 97 orang guru dan 15 orang staf sokongan dengan bilangan pelajar seramai 1520 oorang.Semoga SMK Bandar Seri Alam akan terus maju seiring  moto "SEDERAP MEMACU KEGEMILANGAN".


                    VISI
            Menjadikan SMK Bandar Seri Alam sekolah unggul
                               penjana generasi terbilang



                                 MISI
           Membangun potensi individu melalui 
                              pendidikan berkualiti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...